Sunday, 9 December 2012

TIKL


hai and assalamua'alaikum readers ! so hari ini.........hmmmm idea idea idea? TIKL(Technical Instituion of Kuala Lumpur). haiii rindunya alahai. korang mesti ada kan good memories bad memories masa high school kn? so dekat tikl bad memories can turn into good memories. how i miss this school. sados and all my tikl family  :(




tikl boleh cipta memori yang hebat uuntuk semua pelajar dia. tikl dah jodohkan aku dengan pelbagai orang, yang akhirnya nama mereka tak akan sekali terkikis dalam hati :') memori. memori.memori. susah nak dungkapkan, tak tahu mana nak mula kerana terlalu banyak memori dan akan aku semat dalam ingatan hingga ke akhir nafas.
























syukur allhamdulilah, habis je sekolah kami semua still contact lagi. persahabatan jangan sekali kau putuskan sebab tali persahabatan adalah benda paling berharga. okey :) igt tuh anak anak ! hahaha kitaorang still jumpa walau jauhkan. lepas masuk U . masing masing dah jauh dekat mataa. jauh sangat.aku dgn mai je dekat selatan lain semua belah utaraa sana rasa nak nagis je ni :( jauh dekat mata , tapi hati tetap dekat. setiap hari, setiap saat tak pernah sekali tak pikir dorang . tak apa pisah sekarang . nanti kita jumpa lagi kan ? kita ketawa yang macam dulukan ? kita senyum yang macam dulu kan ? kita masih bercakap mcm dulu kan ? kita masih bergurau macam dulukan ? masihkan ? aku harap semua tak berubah semua seperti dahulu tetap seperti dahulu. sekalli kita berkawan sampai ke syurga kita tetap berkawan. sekali kita bertegur sapa , sampai ke penghujung nyawa aku ingin menyebut nama kau. jangan penah berubah hati . :) kita tetap kawan sampai bila bila :)












time part 1 , assignment bell kena buat bawak benda paling precious yang kau takut nak hilang. so i bawak buku scrap semua tuh kenagan dekat tikl. and about to cry bila cerita dekat dorang pasal tikl. we so like family, trust me. jangan sedih bila hilang sesuatu atau ditimpa musibah, kerna kawan yang baik akan sentiasa tunggu menjadi bahu tempat kau meleaskan tangisan, sentiasa memeluk kau dengan erat bila kau memerlukan sokongan . sahabat yang baik akan sentiasa berada di sisi kau bila kau susah.so INGAT ! bila dah ada dekat tempat yang tinggi, jangan sekali lupa kawan :) 

"THANK YOU ALLAH, YOU GAVE THEM TO ME..."




AINZULAIKHA

Saturday, 8 December 2012

dah GIVE UP?

assalamua'ailaikum.hai readers ! :) long time no see haa. yelaa kita lupa password blog ni laa hahah pity me . so hye si handsome dan si cantik , awak semua sihat dok ? alamak rindunyaaaa dekat blog ni. lepas ni janji tak lupa password dah eh ? *pinky promise . wink wink.

awak awak awak, awak percaya dekat dunia ni ada true love ? percaya tak ?to me, i believe in true love. setiap hawa diciptakan dari tulang rusuk adamnya. jadi setiap manusia ada pasangan hidupnya. And kita kena percaya pada jodoh yang Allah telah tetapkan , walau dah berdekad dekad kau bercinta bagai nak rak, tapi kalau bukan jodoh kau dengan dia . terima lah sayang , terima kententuan tuh. sebab Allah nak bagi yang lagi baik untuk kau. Allah know the best . :)

And , ramai orang kata jangan kau benci  seseorang sebenci bencinya kelak kau akan menyayanginya, jangan kau terlalu sayang kelak kau membencinya. so who knows kan ? jodoh kita dengan orang yang kita paling benci mungkin ? hhahaha.apa tanda - tanda dia diciptakkan untuk kita yee ? hmmm. for me laa kan. pertamanya sekali kita terima kekurangan insan itu. memang setiap manusia tidak sempurna , tapi kekurangan itu yang akan menyumparnakan hidup kita. next, selumberrrrr. bila dia dengan kita , dia jadi dirinya sendiri . tidak bermuka- muka macam kuih lapis ! kita tengok cara dia makan , cara dia ketawa . buat-buat atau tuh memang dirinya sebenarnya. jika dia tidak berlakon.,maybe he/she the one for you ? siapa tahu bukan ? jujur dan saling mempercayai.jujur itu penting dalam sebuah hubungan. kejujuran amat penting, dan sebagai manusia bila seseorang itu menipu kita dapat merasainya. dan mulalah hati gundah gelana. jadi,selagi kejujuran itu ada, maka hati pon gembira . saling mempercayai antara satu sama lain. sebagai kaum hawa, jika kita bercerita masalah kepada seseorang bermaksud dia mempercayai insan itu.kerana rahsianya sekarang berada di tangan orang itu.dan kepercayaan akan timbul dengan sendiri dalam hati setiap manusia.jadi ingat tuh ! kepercayaan penting tauuuuuuuuu !!

"Ya Allah, Jika dia Jodohku maka kau dekatkanlah hati kami, jika dia bukan jodoh ku jauhkan lah perasaan ini. "

bila hati sudah bertemu cinta sejati, jangan lepaskanya walau badai yang berlaku , walau ribut melanda jangan ada yang jadi penghalang, jangan pernah sekali kau putus - asa . hanya kematiaan yang boleh memisahkan anda.Allah akan menurunkan ujian kepada hambanya ,kerna dia percaya hambanya mampu atasi.jadi segala ujian yang akan melanda anda dan pasangan anda jangan sekali lepaskan genggaman tangannya,janga sekali biarkan seyuman di mukanya terpadam dan biarkan air mata yang menitis menjadi ubat supaya lebih kuat. pertahankan . jangan give up. sebab cinta sejati bukan senang untuk dicari ganti jika sudah ketemui jangan kau khianati.percayalah, jika cinta sudah tiba, sambutlah salamnya, pertahankan cinta itu kerana jika dia pergi kau akan menyesal. dan kala itu , menagislah air mata darah cinta tidak akan kembali. cinta akan hadir tanpa kau sedar kesannya di hati.




AINZULAIKHA

Saturday, 3 November 2012

lempeng kentang

assalamua'alaikum readers.


so hari ni 4/11/2012 . i make lempeng kentang , breakfast suprise for my parents. hehehe. tak ada kerja bosan. sobuatlahh. mula bukak peti ais nampak tepung je .. pikir pikir nak buat lempeng jee la kann. so tgk atas meja dapur ada kentang. maka bermulalah resepi campur aduk ku. hahaha

recipe for 3 person to 5 person


  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan air
  • 1/2 tea spoon garam
  • 1 tea spoon gula
  • 2 biji kentang
  • 1 biji telur
  • minyak untuk masak

  1. rebus kentang. okey time rebus tuh tabur kan sikit sikit guna jari je garam
  2. okey dah siap rebus kentang . penyekkan penyekkan kentang tuh.
  3. dah penyek masukkan telur dan gaul sebati.
  4. sambil tuh, masukkan tepung,garam ,gula dalam mangkuk lain
  5. masukkan air dan gaul sebati.
  6. dah masukkan air, masukkan kentang lenyek tadi
  7. panaskan minyakk dan boleh laa start masak
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.......................................

                   

 ni laa hasilnyaa. sedapp sedapp sumpah sedap hahaha. boleh lah cuba . resepi pon bukannya susah mana kann . hahaha. so boleh aa cuba ehhh. bye assalamua'alaikum 

Thursday, 1 November 2012

saat pertama kali mengenali mu , indah dunia ku terampung aku ketika itu, terbang melayang ke langit. indah. memang indah saat  iu. saat kita mahu mengenali hati budi, saat mahu mengenal apa itu kasih sayang apa itu cinta apa itu rindu. indah saat itu,sehingga  tidak terpijak ku di bumi yang nyata. kau bawa diri ku terbang melayang tinggi melihat keindahan dunia yang penuh dengan cinta. masa berlalu, hari berganti , detik pon berubah .dan hati mu juga turut berubah. dunia aku seakan berhenti berputar apabila hatimu mula berubah. duniaku seakan tidak bermakna lagi, dunia ku seakan tidak bernyawa , tiada lagi pelangi yang mewarnai duniaku yang membawaku terbang melayang ke angkasa.sayang, mana pergi semua  kata manismu, mana pergi semua senyumanmu , mana pergi hati yang pernah menyayangi ku dahulu mana pergi semua itu, aku ingin kau kembali seperti dahulu, saat pertama kali aku mengenali mu saat indah dahulu.aku cuba pertahankan hubungan ini, akan ku cuba pertahankan persaaan ini, akan ku cuba ubah hati mu seperti dahulu selagi aku mampu , selagi aku bertahan selagi hati ku kuat akan ku cuba walau badai melanda walau bala menimpa akan ku cuba.tapi sayang, kau tidak pernah berubah walau pelbagai cara aku cuba, kau tetap juga begitu tidak berubah hati mu tidak berubah.mungkin , aku yang patut undurkan diri, undurkan hati yang lara ini. mungkin aku patut pergi. tidak aku akan pergi aku akan pergi , mungkin dengan pemergiaanku kau akan bahagia. bahagiamu akan membuat aku juga turut tersenyum . walau senyuman itu penuh dengan kedekuaan. tidak mengapa , luka ini biar aku yang tanggung, asalkan engkau bahagia aku juga akan bahagia sayang. selamat tinggal.






Sunday, 28 October 2012

ledang

Hai and Assalamua'aikum

so how are you people?i hope you fine . okey nak tau tak nak tau tak nak tau tak nak tau takkkk ????

kita dah cuti sem!!!

hahaha jangan jelly jelly ehh. no no no. okey to all metrik hari ni 29/10/2012 uolls final exam kan? goodluck tauuu. do your best! tapi saje nk ckp kitaorang uitm dah habis final dahhh. lamaa sudahh. hahah

okey ni nak cerita ni. nak habaq dkt hangpa semua. hangpa pernah pergi segamat?alaaaa dia dalam negeri johor jugak. pernah idok?kalau tak pernah mehh laa datang, walaupun bandarnya kecik tapi cukup memadai.And dekat segamat kita ada gunung . gunung apaa ? jengg... jengg..... jeng......... ............
teka lahh. M.nasir pernah berlakon cerita nama gunung ni. okeylaa jawapannyaa

gunung ledang!!!

Ni nak cakap ni. sumpahh gunung ledang sangat lah lawaaaaaaaaaaaaaaa. ya Allah ciptaan tuhan. sangat lawaa. kita sendiri dah tgk dgn mata kita sendiri , sebab after habis je finale kita dgn kwn kwn kita buat rombongan cik Kiah pergi gunung ledang tauuuu.



lawa kan? dah cakap lawaaa. kitaorang pergi mandi manda setelah berpeluh peluh hampir sebulan belajar, tekanan jiwa,mental nak jawab hadapi finale. lepas je habis finale ledang kami serang. ngeh ngeh.
and guess what,kitaorang naik ledang dengannn...........



taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........

bas sekolah. hahaha. 

  • okey bas ni kita yg deal sendiri dgn pacik awi , bukan awie rock tuh tau , tapi tauke bas ni. pakcik ni sgt awesome dan baik. and kalau sapa sapa lepas ni nak pergi ledang and nak bawak rombongan cik kiah boleh laa naik  dgn pakcik ni, nanti tanya je kita num pakcik ni lepas tuh pandai pandai lah ayat heheh. okey kalau dgn pakcik ni harga satu kepala RM11 termasuk seringgit duit nak masuk. RM10 kalau lebih 20 orang, kalau tak lebih 20 orang pandai pandai lah korang tong tong cukup kan RM200.



  • makanan pulak , ada sorang bapak kawan kitaorang ni baik hati nak sponsor. so thank you pakcikkk. kitaorang ada nasi goreng, nugget, sosej, sandwich telur, ayam goreng, air twister 4 botol, air ice lemon tea 4 botol. banyakkan hehehe. 



  •  And tahu tak, nugget,sosej,sandwich telur dan ayam goreng semua tuh kitaorang masak sendiri tauu hahaha. telur  malam sebelum nak pergi ledang , kita dengan anis berusaha rebus telur guna water heater and masak telur kitaorang. hahaha banggga cehh. 40 biji telur kitaorang rebus malam tuh. and 3 biji telur hilang malam tuh sebab dalam perut kita , wida dengan anis. hahaha . and esok plan nak bangun pukul 5.30 pagi la konon nak pergi masak dekat pantri. tengok tengok terlajak kauu pukul 6.30 pagi kitaorang bangun. so siap-siapa semua angkut barang pergi pantri. jadi kami kaum kaum hawa mula lah masak itu ini kann nak konyangkan perut kami nanti.

okey dah siap semua preparation, dengan lafaz bismillahirahmanirahim kami memulakan perjalanan kami ke ledangggg.






And allhamdulilah , kami selamat tiba. heheh. and kirin lead perjalanan kami ke tempat air terjun yang tengah. yaAllah macam jadi askar aku time tuh redah onak duri duri duri. first duri sangkut dekat tudung dah lepas dekat tudung sangkut dekat seluar dah lepas dekat dekat seluar sangkut dekat beg . tsk tsk tsk.tapi akhirnya kami selamat tiba. allhamdulilah.nahh , i have some picture to share. so korang tengoklaa bestt........... kalau datang segamat jangan lupa singgah tau.









                                 

                                 

                                 


                                 
                                  

lawa kann......... so come visit. Malaysia have everything. and dah tiba mansanya kami mengusung kaki untuk pulang ke uitm balik. selamat tinggal ledang. kau telah beri memori terindah kepada kami.










 selamat tinggal ledang. nanti jumpa lagi ehhh. 



goodbye and Assalamua'alaikum,
iekaleko